Selasa, 4 Ogos 2009

Ayam Organik HPA sebagai alternatif

Isu ayam semakin hangat dibincangkan di dalam surat akhbar, risalah dan media massa. Begitu juga di masjid dan surau, begitu banyak ustaz yang membicarakan tentang halal dan haram. Ini haram itu haram. Terpanggil diri ini untuk bertanya, jika semuanya haram, bagaimana pula dengan alternatifnya? Adakah telah sedia ada dipasaran? Maka, wajarlah produk barangan HPA dijadikan sebagai alternatifnya atau pengganti kepada barangan asing. Hapuskan produk asing.



Mungkin ada dalam kalangan saudara yang bertanya, ini semua adalah gimik perniagaan dengan bertujuan untuk menjual produk barangan HPA. Saya katakan tidak sama sekali. Persoalannya adalah, pernahkah saudara terfikir makanan yang diberikan kepada ayam yang diternak hari ini? Dengan kata lain, makanan atau dedak ayam yang diberi kepada ayam ternakan. Pernahkah saudara menganalisis dan mengenal pasti bahan-bahan yang dicampurkan ketika membuat proses makanan ayam? Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi. .

Bukanlah niat saya untuk menjejaskan industri ternakan ayam, tetapi marilah kita berkongsi sedikit maklumat dan kebenaran mengenai isu ayam ini. Pada hari ini, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai Dicalcium phosphate telah dicampur ke dalam proses membuat makanan ayam. Kenyataan ini telah diperjelas dan suarakan oleh pihak JAKIM dan CAP. Apakah itu Dicalcium phosphate? Ia adalah satu bahan yang diperbuat dari serbuk tulang-tulang binatang. Persoalannya dari tulang binatang manakah yang diambil? Berdasarkan kajian, kebanyakkan DCP yang terkandung dalam makanan hari ini dipercayai diperoleh daripada tulang babi yang telah disiap proses menjadi serbuk. Bahkan dengan mencampurkan DCP ke dalam makanan ayam hari ini, ia didakwa mampu membesarkan ayam dengan lebih cepat dan gemuk.

Yang kita soalkan disini adalah kehalalan. Pembeli utama ayam dipasaran hari ini adalah umat Islam. Ya, mungkin ada dalam kalangan kita menyatakan, ayam itu halal kerana disembelih mengikut cara Islam dan dijual oleh orang Islam. Yang kita tegaskan disini ialah makanan yang dimakan oleh ayam itu sekaligus akan menjadi sebahagian daripada DNA ayam itu sendiri bukanlah kaedah sembelihannya atau dibeli daripada orang Islam.







Maka, Alhamdulillah HPA mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba, diantara makanan yang dijadikan sebagai makanan ayam ialah habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakan daun mambu. Pada hari ini saja, ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan selama setahun. Subhanallah.

Sumber: www.promsj.blogspot.com dan www.radradix.blogspot.com

Khamis, 16 Julai 2009

Mari Bersama KAMI : GUNA produk DAPAT BONUS....


1. GUNA produk HPA -(tukar rumah anda )- (anggaran - RM250.00)

2. Ajak Kawan - Kawan GUNA produk HPA

3. Kemudian Kawan- Kawan juga ajak kawan mereka masing2.....

Bulan ke 5 dah dapat BONUS lebih RM500.00 - DAH FREE


Daftar sekarang : http://www.hpa4online.com/?id=iqtisodedar

Profil Syarikat


AL IQTISOD EDAR ENTERPRISE telah ditubuhkan pada November 2007 dan memulakan sepenuhnya operasinya pada Januari 2008.Diasaskan oleh Muhamad Faizal bin Darus selaku Penasihat dan Nurul Hajar binti Samsudin sebagai Pengurus Besar.Perniagaan ini beroperasi di 2A-G-01,TAMAN DESA GENTING,JALAN PULAU BETONG,11020 BALIK PULAU,PULAU PINANG..

AL IQTISOD EDAR ENTERPRISE merupakan perniagaan yang sepenuhnya milik Muslim dan berperanan sebagai Pusat Jualan bagi Produk Usahawan Muslim..Pada masa ini,AL IQTISOD EDAR ENTERPRISE memasarkan produk daripada 15 buah Syarikat Usahawan Muslim yang beroperasi di Selangor,Kuala Lumpur,Kedah,Perlis dan Pulau Pinang..




AL IQTISOD EDAR ENTERPRISE berperanan sebagai One Stop Centre produk Halal bagi kawasan Utara dan sebagai tempat Usahawan-usahawan Muslim memperkanalkan produk mereka kepada masyarakat.Pada tahun 2009,AL IQTISOD EDAR ENTERPRISE mensasarkan lebih ramai lagi Usahawan Muslim yang akan memasarkan produk mereka..

Sekian,Terima Kasih...

Rabu, 15 Julai 2009

Kopi Radix

Kopi Pra-Campuran Radix (Tongkat Ali) yang dirumus khas bagi penggemar aroma kopi tulen.


Mengembalikan kecergasan.

1. Sebagai afrodisiak menambah fertiliti (kesuburan)
2. Melawas dan melancarkan kencing.
3. Mengatasi masalah frigid bagi wanita (memberi ceria pasangan suami isteri).
4. Tongkat Ali sebagai herba utama.
5. Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot.
6. Mengaktifkan biosentesis ke atas hormon endrogen.
7. Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan.

Kelebihan Kopi Radix adalah pada campuran 7 jenis herba seperti:

1. Tongkat Ali
Akar Tongkat ali dapat menurunkan demam panas, demam kuning atau keracunan di hati, melegakan sakit-sakit tulang dan sendi, gatal-gatal badan, batuk kering (TB), kencing manis dan juga meningkatkan tenaga batin.
2. Mata Pelanduk
Akar Mata pelanduk dapat merawat otot atau ligament yang terseliuh, sakit dada, cirit-birit, sakit tekak, keracunan, pembengkakan testis, demam dan juga batuk-batuk.
3. Teja Lawang
Akar Teja Lewang digunakan juga untuk menurunkan demam, melegakan asma, batuk, lumbago, menambah tenaga, dan juga baik untuk ibu selepas bersalin.
4. Tebu Gajah
Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam, mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan juga sebagai ubat tenaga batin.
5. Mengkudu hutan
Akar Mengkudu hutan dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit jantung, darah tinggi, sebagai Pelawas, memberikan tidur yang berkualiti dan juga dapat menghaluskan kulit.
6. Larak hutan
Akarnya dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan, dapat membuangkan angin dan juga sebagai tonik.
7. Halban
Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan dan dapat melegakan batuk.

Khasiat Kopi Radix :

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas

Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita


Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi


Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga


Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.


Komposisi: (15 paket bagi kotak kecil, 32 paket bagi kotak jumbo, 20 paket bagi kopi papan)

Dos :Boleh diminum sehingga 6 paket sehari:
Kotak Kecil - Semenanjung : RM15 ; Sabah/Sarawak : RM18
Kotak Jumbo - Semenanjung : RM30 ; Sabah/Sarawak : RM36
Papan - Semenanjung : RM20 ; Sabah/Sarawak : RM22

Pendaftaran Online -----> http://www.hpa4online.com/?id=iqtisodedar

HPA AlFateh2u.Com Produk Halal Tanggungjawap Bersama